Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Lari dari kebiasaan

lari-dari-kebiasan1

“LARI DARI KEBIASAaN ITU KEUNIKAN PENUH CABARAN

Advertisements

Peluru sudah tiada lagi bertaburan

namun nyata Palestin tiada aman

kerana rakus jiwa si penakluk kejam

masih keras dirantai nafsu liar

sampai bila Palestin harus begitu?

tiada dayakah aman dalam pelukannya?

tiada upayakah damai menjemputnya?

agar si anak kecil bisa berteriak gembira

dan bukannya meraung sengsara

walau aman masih jauh lagi,

damai pula di hujung sana

masih tiada nampak garisnya.

damai-palestin

Merungkai masalah

masalah merupakan sebahagian daripada warna kehidupan. Cuma warnanya sedikit pudar berbanding warna-warna kebahagian

masalah  adalah pintu menuju jalan kebahagian

Rentak bintang

Rentak bintang
tidak pernah berubah
sejak awal mula
hingga hujung tamat
tetap seia mengikut kata
Tuhan Yang Maha Esa

Rentak bintang
tidak pernah berubah
sementelah ia terbit
sesudah ia balik
walau berbagai ragam
rencam gelagat alam

Rentak bintang
tidak pernah berubah
sedari mula tercipta
kepada habis binasa
terlihat indah dari bawah
balam-balam dalam kejauhan

Perjalanan

Teruskanlah perjalanan walau hari telah hujan kerana destinasi masih jauh di hadapan

Friendship

Friendship is never ending story. So just follow the story

Perihal bulan

Aku memandang ke langit malam. Indah sekali panoramanya. Aku seolah-olah tenggelam di dalam lautan keindahannya. Tiada bait kata-kata yang boleh menggambarkannya. Tapi biarlah aku hadiahkan sebuah puisi picisan sebagai simbolik kepada kekagumanku kepada keindahan langita malam ciptaan Allah S.W.T yang maha agung.

indah langit malam itu
membuatkan senyumku murah
dalam pelukan bulan dan bintang
seisi sukmaku turut tersenyum
awan berbaki jadi saksinya
andai ruang hidupku sebegini indah
akan kupahat utuh memorinya
agar bisa selalu
senyumku bersedekah
dukaku mengalah

Puisi di atas sekadar ilham sepintas lalu yang mampir ke teratak mindaku. Kalau tak tulis sekarang, nanti terbang menerawang meninggalkan kotak ingatanku. Storan ruang-ingatku bukanlah besar sangat. Maklumlah pemalas. Takde masa nak tambah ram(baca:ilmu) untuk meng-efisyen-kan proses kotak-fikirku. Aduhai, lemahnya hambamu yang seorang ini, ya Allah. Ampuni daku.

Ok..back on the topic. Tentu sekali kita pernah menikmati keindahan panorama pada waktu malam. Ketika itu udaranya nyaman dan aman sekali. Pandangan kita menjadi luas, lebih-lebih lagi jikalau lensa mata dihalakan ke dada langit. Awan yang menempel pada dada langit adakalanya hanyalah tompok-tompok kecil dan adakalanya pula umpama segerombolan biri-biri yang bergerak perlahan menyelusuri kembara malam.

Tentu juga kita pernah mendepani bulan yang menempati kota langit. Indah sekali bukan? Apatah lagi tatkala bulan itu mengambang. Lebih lagilah indahnya. Manakan tidak, orang kebanyakan menggambarkan kecantikkan wajah seseorang dengan bulan sehinggakan terbitlah sajak tentang bulan, syair tentang bulan, peribahasa berkaitan bulan. Bahkan ada parti politik di tanah air kita menjadikan bulan sebagai logo atau lambang bendera parti.:)

Namun, di sebalik pujian bertandang, ada juga kedengkian menyerang. Bukan selalu bulan itu mengambang indah di dada langit. Ada masanya kehadiran awan gelap sebagai antagonis menutupi keindahan bulan. Tidak tentu tempohnya. Adakanya seketika cuma dan adakalanya begitu lama.

Walau dilitupi awan gelap, bulan tetap bulan. Sesekali tidak akan menjadi matahari. Oleh kerana ia adalah bulan, disebalik tabir awan gelap yang menggulung tebal, bulan tetap memancarkan sinarnya menyimbahi alam jagat. Di sebalikkerumitan yang mengurungnya, bulan setia dengan tugasnya-menerangi kehidupan malam. Bulan teguh mencurahkan keringat cahayanya walaupun simbahan sinarnya diperangi laskar awan gelap. Kerana keteguhannya itulah, hidupan bumi mampu melihat sana sini meskipun bahang sinar cahayanya cuma sedikit.

So, apa pengajarannya? ketuk pintu akal, tanyalah encik minda.